Nasionalpilihan

Wanita mahu bantu mangsa kemalangan maut dirempuh Myvi

NIAT seorang wanita yang mahu membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Putrajaya semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, sebelum mangsa dirempuh, telah berlaku satu kemalangan kira-kira pukul 10.15 malam melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang hilang kawalan sebelum terbabas di lorong paling kanan.

“Selepas itu, mangsa yang memandu kenderaan kenis Nissan Almera telah berhenti di bahagian hadapan kereta tersebut untuk memberikan bantuan.

“Dalam masa yang sama beberapa kenderaan awam lain turut berhenti di bahu kiri jalan untuk memberikan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Sarifudin, secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki dan merempuh dua orang mangsa yang sedang memberikan bantuan.


Jelasnya, mangsa yang berusia 43 tahun maut di lokasi kejadian manakala seorang lelaki mengalami kecedraan parah dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, piahaknya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memberi bantuan kepada mangsa kemalangan terutamanya di kawasan yang berselekoh dan dalam keadaan yang gelap. -SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button