NasionalNegeri

Wanita kena yakin kekuatan diri – Raja Puan Muda Perlis

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menerima mengadap delegasi Pertubuhan Kraf Malaysia di Galeri DiRaja Arau.

Berangkat sama anakanda kedua Baginda, Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Ibni Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Delegasi tersebut diketuai oleh Presidennya, Nik Faiz Nik M. Amin serta Exconya yang juga pelakon dan penyanyi, Arja Lee serta Pengurus Kreatif Pengurusan Acara dan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Nurhidayah Rahim.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam titah selepas majlis itu, “Golongan wanita perlu sentiasa percaya pada kekuatan dan kemampuan diri masing-masing,”.


Titah baginda, untuk menjadi wanita hebat maka harus belajar memperbaiki masalah sendiri tanpa bantuan ibu bapa, keluarga mahupun pasangan.

“Jangan mudah menyerah walaupun keadaan sulit,” titah baginda.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah, keupayaan mengatasi masalah sendiri akan membantu seseorang wanita lebih percaya diri dan mampu menjadi inspirasi buat wanita lain.

“Untuk menjadi wanita hebat dan sukses bukan hanya dipandang daripada segi kejayaan atau pangkat kerja yang dimiliki semata-mata,” titah baginda.

Baginda bertitah, hebatnya wanita itu juga apabila berjaya mendidik anak-anak sehingga sukses, menjadi anak yang terbaik buat kedua ibu bapa serta berjaya menjadi seorang ketua inspirasi buat pekerjanya.

“Untuk menjadi wanita hebat ini, semestinya memerlukan proses yang tidak mudah. Sesungguhnya banyak perkara perlu dilakukan,” titah Baginda.

Delegasi ini juga turut melawat Kampung Wai dan juga Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis. – SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button