Luar Negara
Wanita 95 tahun mangsa korban Covid-19 terbaharu di Singapura
SEORANG wanita warga emas berusia 95 tahun menjadi mangsa korban Covid-19 yang ke-33 di Singapura, semalam. Menurut data Kementerian Kesihatan republik itu malam tadi, wanita itu merupakan warga tempatan.
Mangsa itu disahkan dijangkiti Covid-19 pada 17 Mei lalu ketika sedang dirawat di Hospital Awam Changi bagi penyakit yang tiada kaitan dengan virus tersebut.
“Beliau belum diberi vaksin Covid-19 dan memiliki sejarah kanser, darah tinggi dan hipotiroidisme,” katanya.
Catatan rekod kematian terakhir sebelum ini dilaporkan pada 20 Mei lalu.
Sehingga tengah hari semalam, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara jiran itu adalah 62,028 dan setakat ini, terdapat 39 kluster terbuka Covid-19 di Singapura. – BERNAMA – SM