Nasional

Sektor perdagangan, pengedaran yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP di seluruh negara bermula esok

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan Covid-19 pada 28 Mei lalu untuk mengenakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial diseluruh negara bermula esok, 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seterusnya, susulan daripada pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkaitan senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh total lockdown, terdapat 10 perkhidmatan perlu termasuk stesyen minyak telah disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu dibawah sektor perdagangan pengedaran.

KPDNHEP sebagai kementerian yang mengawal selia sektor perdagangan pengedaran termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran telah mengemaskini SOP Sektor Perdagangan Pengedaran PKP yang sedia ada seperti berikut:

Aktiviti Kapasiti Pekerja Prosedur Operasi Standard (SOP) Premis pasaraya/ pasaraya besar, departmental store TERHAD kepada makanan dan minuman/ keperluan asas, kedai farmasi/ penjagaan diri dan kedai serbaneka/ mini mart dan restoran di kompleks membeli belah.


100% mewajibkan had jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu (1) orang bagi setiap empat (4) meter per persegi:-

i. Pasaraya/ pasaraya besar terhad kepada seksyen makanan dan minuman/ keperluan asas.

ii. Departmental store terhad kepada seksyen makanan dan minuman/ keperluan asas.

iii. Kedai farmasi/ penjagaan diri iv. Kedai serbaneka/ mini market v. Kedai Runcit 100% Mewajibkan had jumlah pelanggan dalam satusatu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan seorang bagi setiap empat meter per persegi.

Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa. Restoran 60% Dine-in tidak dibenarkan.

Dobi (termasuk layan diri) 60%  memberi tugasan kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja untuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan bagi dobi layan diri.

Other Specialty Retail Stores

• Stesen minyak 60% Kedai serbaneka di stesen minyak beroperasi antara 8.00 pagi – 8.00 malam.

Kedai penjagaan haiwan/ makanan haiwan 60%. Hanya aktiviti jual beli produk penjagaan dan makanan haiwan sahaja dibenarkan Kedai cermin mata.

Barang optik 60%. Hanya aktiviti jual beli dan pembaikan cermin mata sahaja dibenarkan.

Kedai hardware 60% .Hanya aktiviti jual beli produk hardware sahaja dibenarkan.

Pemasangan dan pembaikan di rumah tidak dibenarkan.

Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti 60%. Perkhidmatan cuci kenderaan tidak dibenarkan.

E-dagang bagi semua kategori produk 100%. Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa.

Pemborongan dan Pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan perlu sahaja. 100% Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa.

Semua aktiviti perkhidmatan perlu sektor perdagangan pengedaran ini dibenarkan beroperasi dari pukul 8.00 pagi – 8.00 malam kecuali bagi stesen minyak dari pukul 6.00 pagi -8.00 malam.

Stesen minyak di lebuh raya bertol yang dibenarkan beroperasi 24 jam.

Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0 ini, surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini adalah terbatal bermula esok 1 Jun 2021.

Semua perkhidmatan perlu dibawah sektor perdagangan pengedaran tersebut perlu mendapatkan surat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Permohonan surat kebenaran operasi boleh dibuat melalui laman web https://www.kpdnhep.gov.my bermula pada 31 Mei 2021 (Isnin). SOP Sektor Perdagangan Pengedaran PKP yang dikemaskini dan Soalan Lazim (FAQ) Sektor Perdagangan Pengedaran juga boleh didapati di laman web https://www.kpdnhep.gov.my. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button