Nasional
Trending

Wang tunai RM250,000 hilang bukan milik PPBM – Syed Saddiq

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kehilangan wang tunai RM250,000 dari rumahnya.

Beliau juga tidak mahu ada pihak yang menyebarkan berita tidak sahih kepada orang ramai berkaitan kecurian wang  tersebut.

Menurutnya, adalah tidak benar laporan media bahawa wang RM250,000 tersebut merupakan wang milik  PPBM. Belliau juga berkata, anggaran kecurian masih belum dapat disahkan.

[BACA ARTIKEL] Tajuk laporan jatuhkan imej, Syed Saddiq mahu TV3 mohon maaf

Ketua Pemuda Armada Bersatu itu berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung kes kecurian tersebut.

“Untuk masa ini, saya tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai. Laporan media bahawa RM250,000 tersebut merupakan wang PPBM adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan.

“Saya harap semua pihak juga tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang ramai. Sila rujuk pada laporan polis yang telah dibuat,” kata Ahli Parlimen Muar itu dalam satu kenyataan.

Dalam laporan polisnya semalam, Syed Saddiq mula menyedari kehilangan wang tunai yang disimpan dalam peti besi dirumahnya pada pukul 7 malam 28 Mac. Beliau menganggarkan jumlah wang yang hilang adalah sebanyak RM250,000.

Menurut Syed Saddiq kali terakhir beliau membuka peti besi tersebut adalah pada 13 atau 14 Mac. Jelas beliau tiada kesan sebarang umpilan pada peti besi tersebut dan keadaan dalam rumah dan biliknya adalah kemas.

Menurut beliau, kedudukan peti besi dan kod rahsia peti besi itu hanya diketahui oleh beliau dan orang-orang tertentu sahaja.-SM

 

(Visited 490 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button