Sukan

Walaupun cedera, Shah Firdaus akan berlumba esok

WALAUPUN mengalami kecederaan selepas terbabit dalam pelanggaran pada pusingan pertama keirin di Olimpik Tokyo 2020 pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan turun bersaing di peringkat suku akhir esok.

Dalam hantaran di Instagram beliau memberitahu ujian x-ray dan CT Scan mendapati tidak ada kecederaan yang membimbangkan.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan OK. Saya boleh berlumba esok.

“Kepada penyokong di luar sana jangan cepat menilai pelumba lain.

“Kemalangan sentiasa berlaku dalam acara keirin dan tiada siapa mahu ia berlaku secara sengaja, ia adalah sebahagian daripada perlumbaan kerana semua datang untuk menang.

“Saya akan lakukan yang terbaik esok (hari ini),” katanya.

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button