Auto Travel

Volvo V60 Recharge T8 baharu tiba di Malaysia

VOLVO Car Malaysia memperkenalkan model Volvo V60 Recharge T8 baharu, sebuah model estate plug-in hibrid (PHEV) versatil dan moden yang mengimbangi prestasi dan fungsi dinamik. Bahagian dalamannya yang mewah juga direka sebagai ruang untuk memenuhi tuntutan kehidupan moden masa kini.

Gabungan teknologi plug-in hibrid, ruang dan ciri serba boleh memberikan kedudukan yang selesa untuk V60 Recharge T8 di pasaran dan pada masa sama turut memainkan peranan dalam memperkukuhkan jenama Volvo sebagai pengeluar kereta mewah dan versatil yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna.

Enjin petrol Drive-E V60 Recharge T8 dilengkapi dengan pengecas turbo dan pengecas super yang menghasilkan output 320hp dan 400Nm tork, manakala gabungan motor elektrik menghasilkan output maksimum 407hp dan 640Nm tork. PHEV serba boleh ini juga mengeluarkan pelepasan CO2 yang sangat rendah apabila dalam mod tulen dan boleh bergerak sehingga 49km dengan sekali cas penuh.

“Tambahan kepada model Volvo V60 Recharge T8 sebagai PHEV mengorak Volvo ke langkah yang seterusnya dalam strategi elektrifikasi kami. Kami makin mendekati aspirasi kami untuk mempunyai barisan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030 sambil kami melangkah ke masa depan yang lebih mampan,” kata Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Dengan harga bermula RM 287,474.00, Volvo V60 Recharge T8 kini boleh dilihat dan ditempah di kesemua pengedar Volvo yang sah di seluruh negara. Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat tempahan menerusi laman web www.volvocars.com/my. – SM

Kredit: EnjinDotCom

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button