NasionalNegeri

Video tular gaduh akibat berebut hak jaga anak, kata polis

TAHUN 2003 ikatan sebuah perkahwinan berakhir dengan perceraian yang mana hari ini, berlaku perebutan hak penjagaan ke atas anak.

Kelmarin, tular sebuah vido yang memparkan insiden pergaduhan beberapa individu di luar sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang.

Ketua Polis Seberang Perai Utara Radzi Ahmad berkata, satu laporan diterima kira-kira pukul 1.30 petang daripada seorang wanita warga emas mengadu cucunya berusia sembilan tahun dilarikan bekas menantu perempuan.

Beliau berkata, siasatan mendapati video tular di media sosial itu yang pada mulanya disangka kes culik, adalah kejadian berkaitan laporan diterima pihaknya.

“Kejadian terbabit berlaku semasa kanak-kanak itu pulang dari sekolah dan perebutan hak penjagaan ini berlaku sejak 2013 selepas ibu dan bapa mangsa bercerai.

“Proses tuntutan hak penjagaan masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,” katanya menurut lapor akhbar Utusan Malaysia.

Radzi berkata, pengadu turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu yang berlaku di luar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang.

Katanya lagi, suspek turut membuat laporan polis menyatakan mangsa selamat dalam jagaannya dan menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada peguamnya dan polis untuk siasatan.

“Kita turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung video terbabit memandangkan kes ini masih dalam siasatan polis,” ujarnya.

Dua video yang masing-masing selama satu minit 30 saat tular sejak kelmarin memaparkan pergaduhan beberapa individu di luar sekolah rendah itu.

Klip video itu turut menunjukkan seorang wanita terjatuh ketika cuba mengejar seorang kanak-kanak perempuan yang dilarikan beberapa individu menaiki kereta, manakala orang ramai dilihat cuba membantu menghalang kenderaan itu daripada bergerak. – SM

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button