NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda berkenan saksi Konsert Malam P. Ramlee: Cinta dan Lagunya

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan “Penang Exchange 2022: Theatrical Concert – Malam P. Ramlee: Cinta dan Lagunya” yang dipersembahkan oleh selebriti Arja Lee dan Farhan Azizan, semalam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua yang diiringi anakanda-anakanda, Sharifah Khatreena Nuraniah Ibni Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Sharifah Farah Adriana Ibni Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Azlinda Azman dan Presiden Pertubuhan Kraf Malaysia yang dikenali sebagai Malaysia Craft Council (MCC), Nik Faiz Nik M. Amin.

Program yang dianjurkan di Dewan Budaya USM Pulau Pinang oleh MCC tersebut juga dihadiri Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak dan Toh Puan Datuk Seri Utama Khadijah Mohd Nor.

MCC adalah sebuah pertubuhan yang bertujuan untuk memelihara serta memperkasakan industri kraf di Malaysia amnya.

Selain itu badan ini juga mengetengahkan industri seni kraf Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui beberapa pendekatan yang diusahakan oleh ahli pertubuhan yang kebanyakannya merupakan para penggiat kraf tempatan.

Program tersebut yang turut mendapat jalinan kerjasama bersama pihak dari luar negara termasuk British Council, Japan Foundation dan US Embassy di mana MCC melihat ianya adalah titik permulaan yang baik untuk mengangkat imej kraf tempatan ke peringkat antarabangsa.

Selain itu program itu juga adalah satu usaha untuk membantu memulihkan dan menyemarakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia amnya. – SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button