Video Nabila Huda dalam keadaan cemas tidak benar, hanya lakonan
Bulan lalu pelakon, Nabila Huda memuatnaik satu video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan videonya berada dalam keadaan cemas.
Ternyata video tersebut mengundang kerisauan bukan sahaja kepada peminatnya, tetapi juga melibatkan rakan-rakan artis.
Serba salah dengan reaksi risau tersebut, Nabila akhirnya memberitahu yang video tersebut bukanlah benar dan dirakam bagi tujuan mempromosikan sebuah rancangan.
“Video tersebut hanyalah lakonan sebagai ‘teaser’ kepada sebuah program televisyen.
“Saya minta maaf sebab ada yang ingat perkara itu betul-betul berlaku. Tak sangka pula lakonan saya membuatkan rakan-rakan percaya,” katanya.
Menurut Nabila, rakan artis seperti Fizz Fairuz dan Nabil antara yang nyaris ingin membuat laporan polis ekoran video cemas berkenaan.
Dalam video berkenaan, Nabila memuatnaik video yang memberikan gambaran seolah-olah rumahnya dimasuki perompak pada tengah malam.
Dalam video itu juga, Nabila kelihatan panik dan hampir menangis kerana risau diapa-apakan memandangkan dia bersendirian di rumah pada ketika itu. -SM