Nasional

Polis siasat punca anggota tentera terjun bangunan

POLIS sedang menyiasat punca anggota tentera yang terjun bangunan di Kem Majidee, Batu Pahat, Johor pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya telah memanggil beberapa saksi termasuk anggota tentera di sana bagi membantu siasatan.

“Kita akan siasat apa punca tentera yang berusia 20 tahun itu membuat tindakan demikian.

“Siasatan juga dibuat untuk mengetahui sama ada wujud unsur buli sehingga mangsa terjun bangunan,” katanya.

Dua hari lalu, seorang anggota tentera dilaporkan maut selepas terjun bangunan di sebuah kem tentera di Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Muhammad Izzudin Runggai berkata, akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kejadian parah di bahagian kepala.

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang semalam ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Johor,” katanya. -SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button