Uncategorized

Veveonah: Zahidi, Abdul Rahim berkonspirasi, kerajaan menuju kakistokrasi – Kit Siang

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dilihat terus menghangatkan kontroversi yang melanda Veveonah M. dan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Pertelingkahan yang berlaku berkaitan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dipercayai berpunca daripada kesilapan komunikasi.

Bagaimanapun Kit Siang menuduh Zahidi dan Timbalan Menteri Kewangan, Abdul Rahim Bakri berkonspirasi terhadap isu membabitkan Veveonah.

Justeru, beliau mendakwa kerajaan ini telah dipimpin oleh orang yang tidak patut atau kakistokrasi.

“Zahidi dan Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat telah berkonspirasi untuk menggambarkan insiden Veveonah ini sebagai satu episod komedi kesilapan.

“Menunjukkan yang negara kita ini sedang menuju ke arah sebuah kakistokrasi — sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan — di bawah pimpinan kerajaan ‘pintu belakang’ Muhyiddin.”

Demikian dakwa bekas penasihat DAP itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau juga berkata demikian mendakwa Zahidi tidak membuat pernyataan permohonan maaf dalam Dewan Negara seperti yang dikatakan sebelum ini.

Sebaliknya, Zahidi mengekalkan kenyataan sebelum ini selepas mendapat maklumat daripada Abdul Rahim.

Susulan itu Kit Siang mendakwa terdapat tuduhan mengatakan Ahli Parlimen Padang Besar itu mendapat ijazah palsu.

“Sekarang, Zahidi pula dituduh sebagai mendapatkan kelayakan akademik daripada kilang ijazah palsu.

“Inilah yang berlaku apabila kita menjadi sebuah kakistokrasi!” katanya.

Terdahulu Abdul Rahim dalam Facebooknya mempersoalkan tindakan Veovonah memuatnaik video sedemikian dalam YouTubenya.

Ini kerana beliau mendakwa mendapat maklumat daripada seorang ketua kampung bahawa Veveonah tidak tinggal dekat kampung di Pitas.

Malah, Abdul Rahim turut mendakwa memperoleh maklumat daripada seorang ‘dekan’ di UMS yang menafikan wujud peperiksaan atas talian ketika itu.

Bagaimanapun, Kit Siang mendakwa kenyataan Abdul Rahim dalam Facebooknya telah dipadam.

Namun, dakwaan mengatakan Veveonah menipu disangkal Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau mengesahkan mahasiswa jurusan Asasi Sains itu menjalani pepeperiksaan dalam talian pada 9 hingga 12 Jun lalu.

Tambahnya, Veveonah ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Marin juga di UMS. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button