Hiburan

Video mesra Jofliam dan Dewi tular di telegram

SEBUAH video yang memaparkan usahawan dan pempengaruh, Jofliam, bersama pekerjanya yang dikenali sebagai Dewi kini tular di media sosial, sekali gus mengundang perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, kedengaran suara Jofliam yang didakwa memanggil Dewi, atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi, dengan panggilan mesra “sayang”.

Selain itu, Jofliam turut dilihat memuji kecantikan Dewi dalam video tersebut.

“Sayang tahu tak, ada setengah orang dia dalam foto cantik tapi dalam video tak cantik. Sayang video cantik daripada foto,” ujar Jofliam.

Dewi kemudian membalas pujian tersebut dengan mengakui bahawa dia sememangnya kelihatan lebih menarik dalam video berbanding gambar.

“Ya, saya pun lebih prefer video,” kata Dewi.

Tularnya video ini berlaku di tengah-tengah persengketaan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal, yang belum menemui titik noktah.

Sebelum ini, Cik Epal telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Dewi, mendakwa terdapat unsur fitnah dalam kenyataan yang dibuat. Sebagai respons, Dewi memfailkan memorandum kehadiran dalam saman fitnah tersebut.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam telah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, perkahwinan mereka berakhir selepas 10 tahun bersama.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button