Nasional

PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun

LONDON: Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics (LSE), di sini bagi menyampaikan syarahan umum sempena rangka kerja lawatan kerja ke London, United Kingdom (UK).

Berbeza 15 tahun lalu sebagai pemimpin pembangkang, Anwar hadir kali ini menggalas jawatan Perdana Menteri, dan Pengerusi ASEAN 2025.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era’.Lebih 400 pelajar dan ahli akademik hadir ke syarahan tersebut, selain wakil-wakil anggota ASEAN.

Syarahan tersebut merujuk kepada peranan Malaysia dalam berdepan landskap dunia yang tidak menentu dari aspek ekonomi, diplomatik dan politik.

Anwar berada di London untuk lawatan kerja selama lima hari sehingga 19 Januari, atas jemputan rakan sejawatannya Keir Starmer.

Terdahulu ketika berucap pada majlis pelancaran ladang solar Eastfield dan Bunkers Hill berkapasiti 102 Megawatt (MW) oleh Tenaga National Berhad  (TNB) di sini, Anwar tekankan bahawa kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN akan memberi manfat kepada teknologi baharu dalam memajukan peralihan tenaga rantau ini.

Justeru, kata beliau, usaha dalam bidang ini termasuk di UK, pasti bermanfaat disokong dengan kajian dan penerokaan (TNB) dan daya cipta daripada pemain korporat serta para profesional bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE) .

“Hatta impaknya nanti akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang sekaligus meletakkan Malaysia sebagai destinasi industri peralihan tenaga utama.

“Ladang solar Eastfield dan Bunkers Hill berkapasiti 102 Megawatt (MW) oleh TNB, mempamerkan kepakaran Malaysia dalam memacu penyelesaian tenaga lestari di seluruh dunia.

“Syabas dan sekalung penghargaan kepada TNB yang kini memiliki, membangun, dan mengendalikan aset tenaga boleh diperbaharui di seluruh UK dan Ireland,” katanya dalam hantaran ke Facebook beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button