Sukan

Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir badminton Terbuka India

PASANGAN beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke separuh akhir Badminton Terbuka India dengan menewaskan regu Thailand, Kittinipung Kedren-Dechapol Puavaranukroh, di New Delhi hari ini.

Walaupun bermula dengan agak perlahan, mereka yang merupakan pilihan kelim ketinggalan pada awal set pertama.
Mereka kemudian mula mengejar di pertengahan aksi untuk mencatatkan kemenangan 21-18.
Di set kedua mereka menampil permainan berbeza di mana bekas juara dunia itu amat jarang berada di belakang sebelum mengesahkan kemaraan, juga dengan kemenangan 21-18, selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seungjae, dan gandingan pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, bagi penentuan ke final esok

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button