fbpx
Hiburan

Video cium tersebar, Nora anggap itu pengajaran buat anaknya

PENYANYI, Nora Ariffin berharap anaknya, Putri Nur Dahlia belajar daripada kesilapan selepas videonya bercium dengan seorang remaja lelaki tular di Twitter pagi tadi.

Nora turut mengaku individu yang tular dalam rakaman video itu merupakan anaknya.

“Allahuakbar, dengan penuh rasa terkilan.. saya mengaku memang itu adalah anak saya.

“Sebagai seorang ibu, kita telah mencuba paling terbaik untuk mengajar, mendidik dan berikan apa yang terbaik dalam termampu dalam kapasiti terbatas.

“Tetapi sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada buat kesilapan. Dia masih muda dan banyak yang perlu dipelajarinya dalam kehidupan,” katanya di akaun Instagram miliknya.


Menurut Nora lagi, dia berharap apa yang berlaku itu sebagai pengajaran buat anaknya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Ujarnya lagi, dia juga berharap orang ramai dapat memberi ruang kepadanya berkaitan dengan isu tersebut.

“Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk diri dia dan diri masing-masing,” jelasnya. -SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button