Politik

Veveonah: Manipulasi isu amalan biasa DAP – Zahidi

DAP didakwa mengambil kesempatan atas isu Veveonah Mosibin untuk membakar emosi secara ‘mengelirukan’ terhadap rakyat bagi meraih keuntungan politik.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa, memanipulasi isu merupakan amalan biasa wakil rakyat DAP.

Zahidi mengulas laporan berita, Malaysiakini bertajuk “Hannah bidas timb menteri ‘buli siber’ Veveonah”.

Beliau mendakwa laporan tersebut sebagai sangat tidak tepat dan berniat jahat untuk memanipulasi fakta dan kronologi isu yang kontroversi itu.

Zahidi berkata, beliau tidak pernah dalam mana-mana keadaan menegakkan ‘benang basah’ atau cuba memberi gambaran negatif terhadap Veveonah seperti yang cuba digambarkan oleh Ahli Parlimen SAP Hannah Yeoh.

“Semalam juga saya telah membuat sidang media bagi menerangkan kesalahan fakta tersebut kerana mendapat maklumat daripada Ahli Parlimen kawasan Veveonah.

“Tidak pernah dalam mana-mana keadaan selepas kekhilafan di Dewan Negara yang menunjukkan saya menunding jari kepada Veveonah.

“Malahan dalam sidang media tersebut, saya menyatakan akan berjumpa Veveonah untuk mendengar sendiri pandangan beliau dan menyelesaikan kontroversi ini,” kata Zahidi.

Zahidi berkata, sikap Hannah menunding jari seolah-olah beliau melakukan buli siber adalah sangat semberono dan cubaan mencari politik murahan.

“Saya fikir ini juga merupakan budaya politik yang jijik dan tidak waras DAP mengambil kesempatan membakar emosi secara ‘mislead’ rakyat bagi meraih keuntungan politik.

“DAP perlu berhenti menjadikan cara ini sebagai kelaziman budaya politik mereka,” kata Zahidi.

Hannah yang merupakan Ahli Parlimen Segambut hari ini membidas layanan dua timbalan menteri kerajaan Perikatan Nasional terhadap pelajar dari Sabah, Veveonah Mosibin dan menyifatkan tindakan mereka itu sebagai buli siber.

“Sekiranya anda tidak dapat melihatnya – ini sebenarnya adalah tindakan buli siber. Oleh timbalan menteri terhadap budak kecil (young child).” kata Hannah.

Hannah mengulas tindakan Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan  Abdul Rahim Bakri yang pada awalnya mempersoalkan kredibiliti video tular milik Veveonah.

Video tular itu menunjukkan pelajar Asasi Sains dari Universiti Malaysia Sabah itu, menduduki peperiksaan di atas pokok pada 12 Jun lalu bagi mendapatkan capaian internet yang lebih baik.

Zahidi kemudian mengakui terkhilaf semasa mendakwa Veveonah yang juga personaliti YouTube menipu kononnya memanjat pokok semasa menjawab soalan peperiksaan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button