fbpx
Nasional

SPRM buat laporan polis terhadap Mohd. Saifullah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu laporan polis terhadap bekas Setiusaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd. Saifullah Mohd. Minggu @ Mohd. Hisham.

SPRM dalam kenyataannya berkata, laporan tersebut dibuat kerana Mohd. Saifullan telah membuat laporan polis yang palsu terhadap SPRM.

“Laporan polis terhadap SPRM adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mencemarkan reputasi dan kredbiliti kami.

“Susulan itu, kita telah membuat satu laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya supaya polis boleh menjalankan siasatan di atas kesalahan membuat aduan palsu,” katanya.

Menurut SPRM, Mohd Saifullah merupakan suspek dalam siasatan rasuah dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2020 dengan 17 pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.


Satu daripada tuduhan itu adalah bersama tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button