Nasional

Perhimpunan Agung UMNO tanpa Utusan Melayu.

HARI ini 4 Disember 2019 – Tiada berita tentang Utusan, tiada Utusan di Perhimpunan Agung UMNO. Kehilangan warta perjuangan Tanah Air lenyap di dasar Kuasa Politik.

Buat pertama kali, Pehimpunan Agung UMNO, Utusan Melayu tidak dapat bersama dengan perjuangan Bangsa, agak janggal dan kekosongan perjuangan ini tanpa sahabat yang bersama.

Tinta yang hilang kerana Kuasa sudah terlepas dari tangan, walau apa sahaja alasan mengakibatkan Utusan Melayu terkubur, punca utamanya adalah Kerajaan sudah bertukar tangan.

Pemimpin Melayu Pakatan Harapan bukan lagi Melayu Merdeka, mereka adalah golongan Melayu Baru yang mengikut telunjuk dan acuan Bangsa Malaysia Baru. Acuan Melayu mereka sudah dicampur aduk dengan Bangsa DAP bersama PKR serta Amanah yang membenci kepada perjuangan bangsa, mereka selesa dengan Malaysian Malaysia.

Insiden LTTE hilang begitu sahaja, tidak pernah ada rakyat Malaysia yang boleh dijamin dibawah Sosma, namun dengan kuasa DAP, wakil Rakyat yang menjejaskan Keselamatan Negara dibebaskan begitu sahaja.

Isu terbaru, Tatoo Separuh bogel, sponsor oleh Kementerian Pelancungan Malaysia, menggunakan Duit Rakyat, tidak dibawa bincang didalam akhbar perdana walaupun Negara kita punyai budaya ketimuran.

Komunis Malaya yang diwartakan sebagai Organisasi Haram, belum pun mahkamah melepaskan pewartaan itu, sekarang abu Chen Peng dibawa dengan bangga serta Majlis meraikan bebas dilakukan.

Antara isu yang menjadi wadah perjuangan Negara satu ketika dahulu hilang di angin lalu, rakyat kebanyakkan tidak lagi dihidangkan dengan pojok-pojok Awang Selamat, tiada lagi kolum kritis kepada Pemimpin, tidak kira siapa, pemimpin UMNO juga tidak lari dari dikritis oleh Utusan.

Tajam mata pedang sudah tidak wujud lagi, akhbar lain tidak berani menulis dengan kritis seperti Utusan, akhbar lain berharap Pakatan Harapan akan membantu mereka didalam perniagaan, itu sebab mereka ibarat di ikat mulut walaupun isu melibatkan sosial ataupun Keselamatan Negara.

Berita Harian dan News Strait Times, mereka mengharapkan ehsan dari Kerajaan untuk meneruskan kehidupan. Walaupun sehingga hari ini Kerajaan PH tidak membantu dari segi perniagaan, kumpulan akhbar ini masih menunggu ehsan yang tidak kunjung tiba.

Bagai menanti masa hukuman gantung, takut menulis dan terus menunggu, pekerja sudah di Berhenti secara Paksa, apa lagi tinggal?

Hanya Sinar Harian dilihat berani menulis dan membawa berita secara adil Kerajaan dan Pembangkang, mungkin mereka hidup tanpa ehsan Kerajaan, lidah mereka lebih bebas berkata yang benar, walaupun ada tekanan dari Kerajaan, mereka punya jatidiri.

Rakyat Malaysia bergantung dengan Malaysia Gazzete, Malaysiakini, Malaysia Today, dan portal-portal lain untuk mendapat artikel yang berkualiti, pandagan dan kritikan yang berani dan berjiwa rakyat.

Begitulah hilangnya perjuangan Bangsa, Sosial ketimuran, adat anak Melayu, Perjuangan Kesultanan serta kemulian Perlembagaan tidak lagi wujud didalam penulisan dalam Malaysia.

Kita sebagai anak watan, berdoalah agar gerhana Politik ini berlalu dengan pantas, agar dapat kita martabatkan Perjuangan bangsa bersama sahabat-sahabat kita di Utusan Melayu.

Saya mendoakan rakan-rakan Utusan dapat teruskan kehidupan dengan limpahan rezeki. Diminta mereka dijauhkan dengan beban hutang yang tinggi dan mendapat menyara keluarga demi masa depan.

Kami rindu perjuangan anda semua.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO Malaysia
(Staff Utusan 2003-2009)

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button