Ekonomi

Uruguay mahu kukuhkan kerjasama perdagangan dengan Malaysia

URUGUAY menyatakan hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam perkembangan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani berkata, perkara itu dinyatakan oleh Menteri Ternakan, Pertanian, dan Perikanan Uruguay, Fernando Mattos pada pertemuan mereka di Putrajaya.

“Beliau juga turut berkongsi bagaimana Uruguay menjadi pengeksport daging lembu terbesar di dunia  dan daripada ini kita boleh belajar bagaimana Malaysia pada masa akan datang untuk tidak hanya bergantung kepada daging import, sebaliknya Malaysia berusaha meneroka pasaran daging ini,” kata Johari dalam hantara di platform X. – SM

(Visited 8 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button