pilihanPolitik

BN tidak akan bertanding di PRK Sungai Bakap

BARISAN Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap kerana itu adalah kerusi tradisi Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat menghormati kerusi tradisi PH tersebut.

Oleh itu katanya, tidak timbul lagi soal BN akan bertanding berikutan menghormati keputusan yang telah dibuat.

“Jadi soal, siapa nak jadi calon daripada BN tidak timbul lagi. Telah dipersetujui,” katanya kepada ketika ditemuia media selepas menghadiri Majlis Perasmian Blueprint Keterjaminan Makanan Dan Anjur Karnival Keterjaminan Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Sebelum terdapat laporan bahawa ada gesaan daripada pemimpin UMNO Pulau Pinang agar PH memberi laluan kepada BN bertanding di PRK Sungai Bakap.

UMNO pernah memenangi kerusi itu pada PRU 2004, sebelum dirampas PH dan kemudian PN pada PRN Ogos lalu, di mana calonnya, Nor Zamri Latiff yang juga ketua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose.

Zambry berkata BN akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk memastikan calon daripada kerajaan perpaduan menang PRK Sungai Bakap.

“Maknanya semua pihak dalam konteks kerajaan Madani akan beri kerjasama yang mantap. Dalam pastikan kejayaan calon kita,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button