Nasional

UPSI proaktif laksana program penghijauan Malaysia kempen penanaman 100 juta pokok

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak proaktif melestarikan alam menerusi Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta pokok.

Program yang melibatkan mahasiswa Kolej Aminuddin Baki itu bertujuan meningkatkan rasa cinta alam dalam diri setiap peserta.

1.Mahasiswa UPSI bergambar sebelum melakukan proses penaman anak pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor.

Peserta yang menyertai program berkenaan penghijauan itu menanam hampir 3000 anak pokok baya bakau yang dilaksanakan oleh mahasiswa KAB di Taman Alam Kuala Selangor.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menganggap usaha seumpamanya dapat membantu misi menghijaukan kampus selaraskan dengan hasrat kerajaan.

Warga Kolej Aminuddin Baki menanam anak pokok di sekitar kolej kediaman.

“Setiap mahasiswa harus memiliki komitmen untuk melihat kampus UPSI berada dalam ekosistem kelestarian alam yang memberi keselsaan dan pemandangan menarik apalagi kampus UPSI dilatari Banjaran Titiwangsa,” katanya.

Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Prof. Madya. Dr Syed Ismail Syed Mohamad berkata, program tersebut dilaksanakan bagi menyahut seruan UPSI dalam merealisasikan kempen “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” menerusi Projek Kelestarian KAB 2.0.

Katanya lagi, program itu juga dilaksanakan untuk jangka masa yang panjang bagi mewujudkan kelestarian kehijauan kolej “Green KAB” bagi memastikan para penghuni kolej kediaman ini, mampu menghirup udara dalam kualiti yang terbaik pada masa hadapan.

Mahasiswa UPSI seronok dapat berbakti dengan mengikuti aktiviti menanam anak pokok demi kelestarian kolej.

“Program ini dilaksanakan di dua kawasan yang berbeza yang melibatkan warga kolej dan komuniti setempat, malah mahasiwa bertindak menyokong komitmen negara dalam mengekalkan kehijauan kawasan tropika di Malaysia.

Ketua Felo Kolej Aminuddin Baki, Datin Wan Nurul Hidayu berharap agar program itu disambut baik pelaksanaannya oleh segenap lapisan mahasiwa UPSI serta seluruh mahasiswa di Insitut Pengajian Tinggi yang lain.

Dalam memastikan setiap warganegaranya menikmati udara yang segar, katanya, program sebegini amat bermanfaat dalam mewujudkan sebuah ekosistem kehijauan di masa akan datang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button