Ekonomi

Untung bersih Sime Darby meningkat kepada RM1.4b

SIME Darby Bhd menyaksikan untung bersihnnua melonjak 73.8 peratus kepada RM1.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, berbanding RM820 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Pencapaian itu disokong peningkatan pendapatan kepada RM44.5 bilion, menokok 20 peratus berbanding RM36.9 bilion yang diraih pada tahun kewangan 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata, keputusan tersebut disokong terutamanya oleh prestasi luar biasa bahagian automotif di kebanyakan pasaran terutamanya di China.

Katanya, prestasi positif kumpulan juga disokong keberhasilan pelaksanaan Rancangan Penciptaan Nilai 5 Tahun yang dilaksanakan selepas pemisahan perniagaan dimuktamadkan.

“Kami sangat gembira dengan keputusan kewangan ini. Keuntungan syarikat meningkat dari RM618 juta pada tahun kewangan 2018 iaitu tahun pertama selepas pemisahan perniagaan kepada RM1.4 bilion tahun ini.

“Kami pada asasnya telah menggandakan pendapatan syarikat sejak empat tahun lalu,” katanya pada sidang media maya pengumuman keputusan tahun kewangan 2021 Sime Darby, hari ini.

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button