NasionalNegeriPendidikan

UniMAP wajar tingkat kolaborasi dengan agensi kerajaan, swasta

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) wajar meningkatkan lagi kolaborasi dengan agensi kerajaan dan swasta bagi mengenal pasti permasalahan atau keperluan sektor dalam negara terutamanya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada Majlis Penyampaian Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2023 di Dewan Ilmu, Kampus Alam, UniMAP Pauh Putra.

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah, dari permasalahan itu, UniMAP harus mencari penyelesaian yang bukan hanya menjadi solusi pada ketika itu sahaja, tetapi mencakupi untuk jangka masa lebih panjang.

“Ia boleh dilaksanakan melalui sistem pengajaran yang mengadaptasi dan menyepadukan kecerdikan teknologi, penyelidikan termaju, kandungan silibus kurikulum dan pendekatan pembelajaran juga, mesti bersifat ‘berasaskan masa depan’ dan mengandungi ‘unsur-unsur smart-sharp skills’.

“Kemudian memanjangkan penyelesaian itu melalui pelajar yang akan menjadi tenaga kerja mahir yang relevan, berkualiti tinggi dan memenuhi pasaran pekerjaan,” titah baginda semasa berkenan bertitah pada Majlis Penyampaian Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2023 di Dewan Ilmu, Kampus Alam, UniMAP Pauh Putra.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan hadirin pada Majlis Penyampaian Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2023 di Dewan Ilmu, Kampus Alam, UniMAP Pauh Putra.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Hadir sama Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Sementara itu Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah warga UniMAP harus lebih proaktif dan efisien dalam melaksanakan tugasan dengan manfaatkan masa kerja semaksimum mungkin untuk menyelesaikan tugasan dan memperuntukkan masa rehat dengan sebaik-baiknya pada masa sama.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bersama Zaliman dan isteri pada Majlis Penyampaian Anugerah Seri Gemilang UniMAP 2023 di Dewan Ilmu, Kampus Alam, UniMAP Pauh Putra.

Pada majlis itu 235 penerima Anugerah Seri Gemilang UniMAP menerima anugerah masing-masing iaitu 73 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Lama, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (26 penerima) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (136 penerima).

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Lama kepada 38 penerima pada majlis itu. – SM

BACA UniMAP komited hasilkan graduan beretika – Raja Muda

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button