BeritaNasionalPendidikan

UniMAP terima 1,921 pelajar baharu

931 adalah pelajar lelaki dan 990 perempuan

SEBANYAK 1,921 pelajar baharu mendaftar bagi mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra, Arau, Perlis.

Naib Canselornya, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, daripada jumlah tersebut 931 adalah pelajar lelaki dan 990 perempuan ini akan mengikuti Minggu Suai Kenal yang berlangsung seminggu.

Zaliman bertanya sesuatu kepada pelajar yang baharu mendaftar di UniMAP.

Katanya, pelajar dari Kedah adalah paling ramai iaitu sebanyak 380 orang, diikuti Perak (296), Pulau Pinang (273) dan Selangor (272) bagi mengikuti 36 program pengajian.

“Pada kesempatan ini izinkan saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa dan waris yang memilih UniMAP sebagai tempat anak-anak menimba ilmu yang akan pihak UniMAP manfaatkan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat Waris Minggu Suai Kenal Sarjana Muda 2022/2023.

Turut hadir ke majlis itu ialah pengurusan tertinggi UniMAP dan dekan-dekan fakulti.

Menurut beliau, ibu bapa juga tidak perlu khuatir mengenai penginapan anak-anak kerana UniMAP mewajibkan semua pelajar menginap di kolej kediaman.

SEBAHAGIAN pelajar baharu gembira dapat sambung pengajian di UniMAP.

“Para pelajar ditempatkan di enam kolej kediaman iaitu Kompleks Perumahan Tan Sri Aishah Ghani, Kompleks Perumahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Kompleks Perumahan Uniciti Alam, dan Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman.

“Malah keselamatan dan kebajikan anak-anak pelajar akan lebih terjamin kerana UniMAP sentiasa memantaundan mengambil berat apabila anak-anak berada di asrama dengan pelbagai kemudahan tersedia,” katanya yang turut memperkenalkan barisan pengurusan tertinggi dan dekan kepada ibu bapa dan pelajar. – SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button