Kesihatan

Produk Mi Sedaap ditarik balik

Mi segera merupakan salah satu kegemaran makanan di Asia Tenggara, terdapat pelbagai jenis produk di pasaran berkenaan mee segera.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jenama Mi Sedaap keluaran dari Indonesia didakwa telah mengandungi bahan kimia.

Dalam produk ini terdapat dua jenis bahan racun perosak iaitu ethylene oxide, bahan ini merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik yang sering digunakan untuk menjalankan fumigasi atau pewasapan membasmi makhluk perosak seperti serangga.

Produk yang terlibat adalah, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodle dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Koren Spicy Soup Instant Noodle dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

Walaubagaimanapun KKM juga turut mengesahkan bahawa dua produk ini tiada kemasukan di Malaysia.

Namun KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan akan mengenakan tindakan lebih lanjut.

Jenama itu juga telah ditarik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA). Pengguna yang telah memakan produk itu dan mempunyai masalah kesihatan tersebut harus mendapatkan nasihat perubatan.

Mi segera merupakan salah satu kegemaran makanan di Asia Tenggara, terdapat pelbagai jenis produk di pasaran berkenaan Mi segera.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jenama Mi Sedaap keluaran dari Indonesia didakwa telah mengandungi bahan kimia.

Dalam produk ini terdapat dua jenis bahan racun perosak iaitu ethylene oxide, bahan ini merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik yang sering digunakan untuk menjalankan fumigasi atau pewasapan membasmi makhluk perosak seperti serangga.

Produk yang terlibat adalah, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodle dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Koren Spicy Soup Instant Noodle dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

(Visited 2,664 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button