Nasional

UniMAP tambah dana kebajikan pelajar tahun ini

Pada tahun 2021 ini Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan terus menjaga kebajikan pelajar melalui Insentif Khas Kasih UniMAP dengan perincian ‘Peruntukan insentif wang tunai zakat dan tabung amanah’ berjumlah RM500,000 kepada senarai pelajar yang dikenal pasti, Peruntukan RM100,000 untuk ‘Tabung Dedikasi Diri’ dengan bayaran RM400.00 sebulan berbanding kadar lama RM300 sebulan bagi yang layak; dan ‘Peruntukan insentif khas inovasi’ sebanyak RM50,000 iaitu peningkatan 50% daripada peruntukan bagi insentif yang pertama sebelum ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang telah menyalurkan sumbangan ‘Dana Inspirasinya’ kepada seramai 480 orang pelajar terpilih dari kalangan keluarga B40 di UniMAP.

Difahamkan YaPEIM yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid
memperuntukkan RM240,500 untuk UniMAP yang mana mengikut perancangan asal setiap pelajar terpilih akan menerima sebanyak RM500 seorang bagi meringankan beban membayar yuran IPT masing-masing.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP memaklumkan bahawa persekitaran global yang dinamik juga memerlukan para pelajar universiti berkenaan mengasah kemahiran kepimpinan masing-masing supaya mereka bersedia sebaik mungkin apabila masuk ke alam pekerjaan kelak. Program Competency Based Talent Management (CBTM) khusus untuk pelajar telah dirancang oleh UniMAP bagi mengukur tahap kepimpinan yang dihasratkan, selain daripada penganjuran tujuh (7) Kem Pemerkasaan pelajar sedia ada di universiti itu.

(Visited 101 times, 1 visits today)


Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button