Luar Negara

Polis tahan lelaki pasang bendera Israel dengan lambang nazi

Polis telah menahan seorang setelah memasang bendera Israel yang menampilkan logo swastika Nazi di Royal Holloway, University London.

Lelaki berusia 24 tahun dari Englefield Green itu telah disoalsiasar berhubung dengan poster tersebut kata seorang jurucakap polis di Surrey.

Menurutnya, terdapat ‘sejumlah laporan jenayah kebencian’ di universiti yang sedang disiasat, kata Surrey Police.

Antaranya sebuah poster dengan lambang swastika di bendera Israel dipamerkan di luar perpustakaan.

Seorang lelaki berusia 21 tahun dari Egham dan seorang wanita, 19, dari Englefield Green juga telah ditangkap berikutan jenaya kebencian tersbeut.

Kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan sementara siasatan berterusan.

Pertubuhan mahasisawa Yahudi di universiti tersebut menegaskan perbuatan tersebut ‘tidak dapat diterima’ dan mendesak institusi tersebut untuk ‘mengambil sikap menentang prasangka buruk yang cuba disebarkan itu.-SM

(Visited 760 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button