Politik

UMNO tangguh perhimpunan agung, Zahid setuju pemilihan tahun ini

PERHIMPUNAN Agung UMNO 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini ditanggungkan ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu selaras dengan Proklamasi Darurat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

Sementara itu Ahmad berkata, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga setuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkan seperti yang dijadualkan tahun ini.

Menurutnya, tarikh pemilihan yang sesuai akan dipilih kemudian.

“Sementara itu semua ahli UMNO adalah diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat pada ketika yang begitu mencabar ini,” kata Ahmad dalam satu kenyataan.


Perhimpunan Agung UMNO mendapat perhatian ramai kerana parti itu membawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sambil mempertahankan kerjasama dengan PAS.

Usul berkenaan diterima dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) minggu lalu.

UMNO juga dilaporkan akan meluluskan usul menggesa Pilihan Raya Umum -ke 15 (PRU-15) disegerakan dalam perhimpunan agungnya.

Pemilihan UMNO juga bakal mendapat perhatian selepas beberapa ahli UMNO secara terbuka menggesa Ahmad Zahid untuk berundur daripada jawatan Presiden UMNO.

Ini termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang.  Beliau merasakan Ahmad Zahid perlu berehat bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu membawa perubahan kepada parti.-SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button