Hiburan

Selepas 12 tahun, filem Syaitan Munafik ini akhirnya boleh ditayangkan

SEBUAH filem yang sudah selesai menjalani pengambaran pada 2008, tetapi baru kini iaitu selepas 12 tahun barulah hasil akhirnya dapat dilihat.

Itu yang terjadi kepada filem Syaitan Munafik yang pernah membuatkan penerbitnya, Datuk Mohd. Rosdi Shair berputus asa untuk menayangkan filem tersebut.

“Ada beberapa faktor yang membuatkan filem ini tertangguh dan satu daripadanya ialah di bahagian suntingan filem.

“Malah ada perancangan untuk membawa filem ini ke Indonesia kerana watak utama iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair turut teruja untuk mempromosikan filem ini.

“Namun, arwah telah pergi dahulu sebelum filem ini sempat dibawa ke Indonesia. Itu yang buat saya termenung seketika hingga pernah berputus asa.

“Tetapi selepas diberi sokongan oleh rakan-rakan dalam industri, saya akhirnya berusaha untuk menyiapkan juga filem ini sehingga boleh ditayangkan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menelan kos yang tinggi iaitu sebanyak RM1.6 juta, Mohd. Rosdi rakan bahawa filem bergenre seram ini masih mampu menjadi tarikan kepada penonton.

Penerbit filem Syaitan Munafik, Datuk Mohd. Rosdi Shair.

Jelasnya, genre seram adalah satu daripada jalan cerita yang tidak akan luput walaupun telah lama menjalani pengambaran.

“Filem seram ini pada saya tidak akan luput daripada segi jalan cerita. Sebab itu saya yakin untuk keluarkan filem ini,” ujarnya.

Syaitan Munafik mengisahkan cerita orang-orang tua di mana terjadi satu insiden dimana satu kumpulan pelajar dimana dua daripada mereka tiba dari Indonesia utk bergabung bersama tiga lagi pelajar tempatan.

Demi mengejar cita cita untuk membuat research tentang keujudan puteri bunian dan alam ghaib mereka telah menempuhi berbagai halangan serta rintangan dari awal perjalanan hingga lah tiba di kaki gunung tersebut.

Tanpa menghiraukan kejadian-kejadian aneh itu berlaku, kenderaan yang mereka naiki itu terus melunsur ke satu tempat yg lain seperti alam ghaib tanpa mereka sedari perubahan dua alam itu.

Filem arahan Majed Salleh itu menampilkan barisan pelakon seperti Allayharham Ashraf Sinclair, Dea Lestari, Tessa Mariska, Raja Farah, Ruminah Sidek, Yank Kasim, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Malah, lima orang pelakon dalam filem ini juga sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, Maiden, Latif Borgiba, S. Samsudin dan Maidin. -SM

(Visited 1,343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button