NasionalPRK

Umno Perlu Miliki Perdana Menteri Sebagai Presiden Demi Survival Tak Terbalah!

Kalau diikutkan tradisi dalam UMNO sebelum ini sejak dari dahulu lagi, sesiapa sahaja yang menjadi presiden parti wajar diangkat sebagai Perdana Menteri.

Namun dek timbul pelbagai percanggahan dalaman, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat tidak memiliki kepimpinan sedemikian.

Sehubungan itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula diangkat sebagai Perdana Menteri atas penerimaan dan persetujuan ramai.

Melihat situasi ini, amat malang bagi Umno kerana Ismail Sabri sudahlah sebagai seorang Perdana Menteri yang mempunyai kuasa besar dalam negara.

Tetapi parti yang kecil ini tidak dapat membuat langkah yang besar atas dasar perlu hormat dan dapat restu presiden yang sepatutnya sedar, UMNO milik orang Melayu, bukan individu.

Kalau difikirkan logik, sekiranya Ismail Sabri diberi peluang untuk menerajui parti sebagai presiden, beliau mampu mencetuskan survival tak terbalah dalam kalangan ahli Umno demi perjalanan politik baharu.

Tetapi disebabkan beliau cuma Naib Presiden Umno, sudahlah tidak lama lagi berlangsungnya PRU-15, bertabahlah akar umbi kerana apa yang dihajati mungkin sukar dilaksanakan tanpa restu presiden.

Sekiranya Ahmad Zahid seseorang yang berjiwa besar dan tidak tamakkan kuasa, pasti tidak timbul masalah untuk berikan kuasa presiden kepada Ismail Sabri.

Paling kurang kalau sembang tepi pun, mungkin masih boleh dapat jawatan Naib Presiden Umno dan lakukan tugas seperti biasa untuk bantu agama dan bangsa.

Cuba akar umbi UMNO bayangkan.. apabila diberi jawatan presiden parti kepada Perdana Menteri, terlalu banyak manfaat yang akar umbi akan nikmati dalam masa sukar ini.

Tetapi cerita politik begitulah, kalau kita bercakap dari segi logik sekali pun, selagi kita bukan termasuk dalam kroni, kita cuma dianggap musuh.

Padahal musuh yang sebenar adalah orang sekeliling yang bermuka-muka kipas punggung Presiden demi mengekal kuasa dan kedudukan semasa.

Kalau hati baik, orang baik.. terjadilah apa-apa sekali pun, andai Allah SWT izinkan kita berkhidmat untuk rakyat, tiada jawatan pun tetap disanjung dan dapat pahala!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button