Nasionalpilihan

Harga baharu kit ujian pantas antigen Covid-19 diumum bulan depan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 pada bulan hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membolehkan lebih banyak premis yang menjual kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) seperti pasaraya.

“Ada juga yang telah bersetuju untuk menjual lebih rendah daripada paras harga yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

“Pembukaan penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) oleh pasaraya dijangka dapat dilaksanakan menjelang akhir bulan ini,” katanya.

Menurut Alexander, pihaknya akan memantau harga dan persaingan kesan daripada peluasan penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) selain daripada farmasi dan klinik.


Jelasnya, mengambil kira semangat Keluarga Malaysia dan kepentingan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) kepada masyarakat, pihaknya amat menggalakkan supaya peniaga menawarkan harga yang lebih rendah dan munasabah tanpa kerajaan menentukan paras harga yang baharu.

“Kita mengambil maklum bahawa terdapat lebih kurang 6 juta kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) telah berada dalam pasaran.

“Penetapan harga yang dilaksanakan oleh kerajaan pada 5 September lalu turut mengambil kira kos yang terlibat di dalam membawa masuk dan mengeluarkan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) tersebut.

“Kerajaan juga telah menerima maklumbalas daripada industri berhubung paras harga yang wajar dipertimbangkan supaya dapat menjamin bekalan yang mencukupi dan berterusan,” katanya. -SM

(Visited 16 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button