pilihanPolitik

Kemelut politik Melaka: Risiko Kluster PRN Sabah mungkin berulang

Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) berharap supaya kemelut politik di Melaka dapat diselesaikan segera dan tidak dibawa hingga ke peringkat Pilihan Raya Negerui (PRN).

Timbalan Presidennya, Datuk Mohamed Ismail Ibrahim berkata, negara masih dalam proses pemulihan dan walaupun vaksinasi negara sudah hampir capai 90% namun risiko kluster PRN Sabah mungkin berulang jika tidak diberi tumpuan.

“Kami sarankan agar kerajaan pusat dapat mencapai satu kata putus dan menyelesaikan kemelut negeri Melaka ke suatu masa akan datang dan sehingga itu kemungkinan satu perjanjian dapat dimeterai.

“Dikala kita baru membuka sektor-sektor ekonomi dan memberi satu kelegaan dikalangan syarikat dan rakyat keseluruhan, kita berharap agar kemelut ini tidak sampai hingga PRN kerana ini mungkin akan membawa kepada satu lagi kluster,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas inisiatif dan dasar-dasar baru yang dibawa untuk merancakkan kembali ekonomi negara sekaligus memberi nafas kepada rakyat untuk menjana pendapatan.

Inisiatif itu  katanya telah memberi impak positif kepada SME dan Micro SME untuk mula aktif walaupun kebanyakkan mereka telah menggulung tikar.

“Kita perlu bersatu dalam pergelutan untuk memulihkan ekonomi negara kerana ini merupakan objektik utama yang perlu dicapai. Rakyat dan Negara perlu didahulukan buat masa ini,” katanya.

Pada Selasa lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dilaporkan menasihatkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa kelmarin, susulan kemelut politik yang tercetus di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan akibat tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

Mengikut Perlembagaan, PRN perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.

IMAN sebelum ini dikenali Parti India Muslim Bersatu Malaysia (PBIM) yang ditubuhkan pada 2019 bagi memperjuangkan kepentingan masyarakat India Muslim itu yang bertitik tolak daripada kekecewaan masyarakat itu bahawa tiada parti untuk membela nasib mereka dengan sebenar-benarnya.

Namun pada September tahun lalu, PBIM meminda perlembagaan parti dengan menukar nama kepada Parti Perikatan India Muslim Nasional atau IMAN.

Parti pimpinan Presiden, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak itu kini memiliki lebih 13,000 ahli di seluruh negara kecuali Sarawak. -SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button