Politik

UMNO mengingkari setiap satu janji pilihan raya yang dibuatnya – Kit Siang

PENASIHAT Lim Kit Siang mengungkit janji-janji yang dibuat UMNO dalam pilihan raya di Sabah sebelum ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor itu membangkitkan janji yang dibuat UMNO selepas Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin melancarkan manifesto Aku Janji.

“Beliau mengatakan yang Aku Janji ini akan dikotakan 100 peratus.

“Tetapi, adakah UMNO Sabah dan BN telah berubah? Apakah perbezaan Aku Janji mereka ini dengan janji-janji yang mula dibuat UMNO apabila mereka bertanding buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum di Sabah pada tahun 1994?

“Mari kita semak semula janji-janji Sabah Baharu yang dibuat UMNO pada Pilihan Raya Umum 1994,” kata Kit Siang dalam ceramah kempen di Sandakan malam tadi.

Menunrut Kit Siang, UMNO menjanjikan untuk menurunkan kadar kemiskinan di Sabah daripada 33 peratus pada tahun 1994 kepada sifar menjelang tahun 2000.

“Tahun 2000 telah datang dan pergi, tetapi kadar kemiskinan di Sabah kekal sebagai antara yang tertinggi dalam negara.

“Janji untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah kepada sifar ini telah diperbaharui oleh UMNO di bawah pimpinan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Badawi, tetapi tahun sasarannya telah diubah kepada 2010.

“Tahun 2010 juga telah datang dan pergi, malah kita sekarang berada pada tahun 2020 dan sasaran sifar kadar kemiskinan di Sabah masih tinggal angan-angan, sedangkan kadar kemiskinan di Sabah masih lagi merupakan antara yang tertinggi dalam negara,” kata Kit Siang.

Menurutnya, pada tahun 1994, UMNO menjanjikan untuk memberikan setiap rakyat Sabah sebuah rumah menjelang tahun 2000.

Pada tahun saman, UMNO telah menjanjikan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

“Kini, 26 tahun selepas janji ini, masalah pendatang tanpa izin kekal sebagai satu masalah yang rumit dan sukar diselesaikan. Sudah ada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah ini, namun, perkara ini masih kelihatan jauh daripada penyudahannya.

“UMNO telah mengingkari setiap satu daripada janji yang dibuatnya apabila Parti tersebut mula bertanding di Sabah pada PRU 1994. Bolehkah Bung Moktar menjelaskan bagaimana UMNO dan BN hari ini telah berubah?” kata Kit Siang.-SM

 

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button