Politik

UMNO kekal kerusi, sangkal pandangan Bersatu Titiwangsa

UMNO menegaskan tetap akan pertahankan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu walaupun penyandangnya lompat parti.

Tindakan UMNO itu menyangkal kenyataan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Titiwangsa, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Ini kerana penyerahan kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) kepada parti lain walaupun penyandang yang sama adalah tidak wajar.

“Adalah tidak wajar kerusi yang BN menang tapi wakil rakyatnya lompat hendak diserahkan ke parti lompat.

“Parti adalah lebih utama dari mana-mana calon.

BACA > Covid-19: 61,500 kes baharu di India dalam tempoh 24 jam – Suara Merdeka

Jeli, Tanah Merah, Mersing, Larut dan sebagainya dimenangi BN dan ia kekal milik BN (UMNO).”

Demikian kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Facebooknya hari ini menyangkal pandangan Wan Ahmad.

Memetik laporan Mingguan Malaysia hari ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata tiada alasan untuk menukar calon bagi kawasan yang dimenang mereka.

Menurutnya, wakil rakyat sekarang perlu dikekalkan dalam pilihan raya akan datang kerana mereka disifatkan sebagai calon boleh menang.

Wan Ahmad Fayshal turut memberikan contoh seperti Parlimen Jeli yang dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed atas tiket BN (UMNO).

BACA > Isu berkaitan Filipina dan Sabah diselesai secara diplomatik – Suara Merdeka

Justeru beliau berpandangan kekuatan sokongan juga terletak pada individu bertanding dan bukannya semata-mata pada parti.

Walau bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan partinya akan mengekalkan kerusinya dalam PRU-15 nanti.

Namun kenyataan itu dikeluarkan susulan Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menyindir UMNO Sabah sebagai tidak relevan.

Abdul Latiff merupakan salah seoarang Ahli Parlimen yang memenangi kerusi Mersing menerusi kempen daripada BN.

BACA > Tok Mat Hassan bertanding kerusi Parlimen Rembau pada PRU15 – Suara Merdeka

Namun bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu selepas BN gagal membentuk kerajaan selepas tewas dalam PRU-14 pada Mei 2018 lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button