Nasional

UM kutuk kenyataan Umany, jalankan siasatan segera

UNIVERSITI Malaya (UM) akan menjalankan siasatan berhubung kenyataan yang dibuat sebuah oleh sebuah  badan pelajar yang berdaftar dengan universiti, Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaysia (Umany).

Menurut Pejabat Kominikasi Korporat UM, pihak universiti memandang serius hantaran yang dibuat melalui FB Umany bertajuk ‘Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara’.

“Ditegaskan di sini bahawa Universiti Malaya menjunjung dan menghormati institusi beraja.

“Oleh yang demikian Pengurusan Tertinggi Universiti mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut.

“Sehubungan dengan itu, UM akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini dengan segera.

UMANY dalam satu hantaran Facebook berkata, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.

Katanya di bawah sistem ini, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan (YDPA) harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

“Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik atau bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang,” kata Umany.

Umany menyatakan pendiriannya iaitu Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri urusan negara tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Bagaimanapun  hantaran itu telah dipadamkan dan Facebook Umany juga telah ditutup.

Pertubuhan pelajar UM itu sebelum ini turut menimbulkan kontroversi selepas bekas pengerusi Umany, Wong Yan Ke mengadakan protes pada Majlis Konvokesyen pada Oktober tahun lalu.

Ketika majlis graduasi itu, Wong selepas mengambil skrol ijazahnya turun ke bawah pentas dan membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.

Plakard itu tertera gesaan agar Naib Canselor UM Datuk Ir. Abdul Rahim meletakkan jawatan dengan mendakwanya menjadi boneka kepada ahli politik, mencabul kebebasan akademik dan gagal menyelesaikan masalah kewangan universiti.

Ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober 2019, Abdul Rahim dilaporkan berkata dominasi politik Melayu telah hilang selepas perubahan kerajaan dan hak istimewa orang Melayu dipersoal, selain memberi ingatan agar tiada pihak yang mencabar kontrak sosial.-SM

 

 

 

 

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button