Nasional

Ujian Covid-19 selepas tahanan mati dalam lokap

Pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengambil langkah berjaga-jaga berhubung penularan Covid-19 selepas seorang lelaki yang ditahan dalam lokap IPD berkenaan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Malaysiakini melaporkan polis berkata, mereka menahan lelaki berusia 30 tahun itu pada 2 April lalu kerana disyaki mencuri.

Mayatnya dihantar ke Hospital Bentong di mana ujian Covid-19 akan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Bentong berkata, Yusof Unis, anggota polis yang bertugas mendapati mangsa menghadapi kesukaran bernafas kira-kira jam 12.50 malam tadi sebelum memanggil ambulans.

“Bagaimanapun, sebaik sahaja ambulans tiba di lokap, mereka mendapati lelaki itu telah meninggal dunia.

“Dia disahkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi,” kata Yusof.

Malaysiakini menghubungi Yusof selepas dimaklumkan kematian mangsa oleh aktivis NGO Hapus Deraan dan Kematian Dalam Tahanan (Edict) yang memaklumkan kejadian itu di Twitter.

Yusof berkata, mereka masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat hanya akan dijalankan sekiranya mangsa disahkan bukan meninggal dunia akibat Covid-19.

“Buat masa ini, kami membuka siasatan di bawah kematian mengejut,” katanya.

Yusof berkata, buat masa ini, polis mengasingkan beberapa tahanan yang berada dalam sel yang sama dengan mangsa sebagai langkah berjaga-jaga.

Setakat tengah hari ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 3,662 kes positif Covid-19 dengan jumlah kematian terkumpul 61 orang. – SM

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button