Nasional

Antara pelantikan Hadi Awang dan Tan Kok Wai

PELANTIKAN Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Barat baru-baru ini menimbulkan sedikit polemik.

Pertama, sudah tentu itu merupakan pelantikan politik kerana Abdul Hadi adalah Presiden Pas, dan Pas kini merupakan sebahagian daripada kerajaa Pakatan Nasional (PN).

Yang kedua, apa perlunya lagi duta seperti itu kerana di setiap negara kita sudah pun memiliki duta dan pesuruhjaya tinggi.

Kementerian luar yang diketuai oleh menteri dan duta serta pesuruhjaya tinggi lah uang akan berperana mengukuhkan hubungan diplomatik serta menarik pelabur melabur ke Malaysia.

Jadi ada yang berpendapat pelantikan Abdul Hadi sebagai tidak wajar dan membazir wang rakyat.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa pelantikan Abdul Hadi ini adalah pelantikan politik.

Walau apapun alasan yang diberikan untuk menjustifikasi tindakan ini, memang ia tidak dapat dipisahkan dengan politik.

BACA:

Situasinya sama dengan pelantikan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH)

Kedudukan Abdul Hadi dan Kok Wai sama sahaja. Seorang presiden parti dan seorang lagi pengerusi. Kedua-duanya mempunyai kepentingan politik dalam kerajaan yang disokong oleh mereka.

Ketika pelantikannya, Kok Wai mempunyai kepentingan dalam PH dan Abdul Hadi pula dalam PN.

Jadi apabila para pemimpin PH mengkritik pelantikan Abdul Hadi ini, ia ibarat kuali mengatakan cerek hitam, Pada hal kedua-dua melakukan perkara yang sama, melakukan pelantikan politik sebagai anugerah kepada pemimpin mereka.

Jika gaji Abdul Hadi itu dikatakan dibayar menggunakan duit rakyat, bagaiman dengan gaji Kok Wai ketika menjadi Duta Khas bertaraf menteri ke China? Guna duit siapa? Tidakkah menggunakan duit rakyat? Adakah pihak-pihak lain yang menaja gaji beliau? Jika ada, tidakkah itu satu bentuk rasuah?

Secara prinsipnya jika mahu melahirkan sebuah kerajaan yang ada integriti pelantikan seperti ini perlu dielakkan.

Berilah jawatan yang setaraf kepada orang politik. Jika tidak, biar sahaja mereka berperanan sebagai orang politik dan sebagai wakil rakyat sahaja.

Para pemimpin pula sama ada di sebalah PH mahupun PN, cakap kerana serupa bikin. Dahulu ketika sebelum menjadi kerajaan, pemimpin-pemimpin PH lantang mengkritik pelantikan seperti ini.

Tetapi, setelah mereka menjadi kerajaan walaupun hanya 22 bulan, perkara pertama  mereka lakukan ialah melantik kroni atau pemimpin mereka mengisi jawatan-jawatan yang tidak sepatutnya diisi dengan orang politik.

Sekarang apabila sudah tidak menjadi kerajaan, mereka kembali mengkritik pelantikan seperti itu.

Jangan sekadar kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang najis. – SM

 

(Visited 800 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button