Nasionalpilihan

Ugut Pegawai Kanan PDRM, dua suspek ditahan

POLIS menahan dua individu kerana mengugut kerana pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden (DSP) seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa berusia 36 tahun telah diugut untuk dicederakan kerana ingin meminta semula wang yang dipinjamkan kepada pegawai kanan tersebut.

“Kita telah menahan dua individu yang dipercayai terlibat dengan kejadian tersebut.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arjunaidi, orang ramai dinasihatkan agat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini dan berhenti menyebarkannya di mana-mana media sosial kerana ianya masih dalam siasatan polis.

Tambahnya, pihaknya memberi jaminan akan melakukan siasatan yang telus dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang didapati melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button