Nasional

UEL tidak berputus asa

PENDAKWAH bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew mengakui akan terus berusaha membantu mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Bagaimanapun, beliau dilaporkan akan menghulurkan bantuan melalui saluran yang sepatutnya apabila bertemu dengan pihak pengurusan universiti.

Hal demikian menunjukkan pendakwah yang terkenal dengan kerja-kerja amal kebajikan itu tidak berputus asa walaupun ditegur mengenai prosedur operasi standard (SOP) Koronavirus (Covid-19).

Teguran itu yang turut dinyatakan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UPSI menyebabkan Ebit Irawan atau Ustaz Ebit Lew menghentikan sementara bantuan kepada mahasiwa.

“Insya Allah, saya akan ke sana nanti. Doakan. Sedang diusahakan dengan perbincangan.”

Demikian kata Ebit Lew seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian mengesahkan akan ada perbincangan dengan pihak universiti berkenaan bantuannya itu.

Terdahulu, beliau mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Permohonan maaf itu dibuat susulan beliau menghulurkan bantuan kepada mahasiswa UPSI tidak melalui pentadbiran universiti.

Bagaimanapun, pengurusan universiti dan MPP UPSI yang menegur Ebit Lew dipercayai dikecam teruk oleh pengguna media sosial.

Ini kerana mereka dikatakan cuba menafikan bantuan yang dihulur oleh pendakwah itu kepada mahasiswa susulan penangguhan pendaftaran secara bersemuka.

Hal demikian juga menyebabkan pihak selain UPSI seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dikecam netizen apabila lambat bertindak terhadap mahasiswa yang pulang ke kampus untuk mendaftar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button