Aliff Syukri ‘pecah lubang’ Sajat di luar negara
UCAPAN Aidilfitri yang diucapkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kepada rakan usahawannya yang kini diburu pihak berkuasa seolah-olah memberitahu Sajat kini berada di luar negara.
Aliff meminta sajat supaya tidak melarikan diri dan kembali ke Malaysia untuk menyelasaikan masalah dengan baik.
“Kepada sahabat saya Sajat, pulanglah ke Malaysia. Ibu bapa dan anak-anak pasti merindui awak pada hari raya ini.
“Saya juga pohon kepada rakyat Malaysia dapat mendoakan perkara yang baik-baik kepadanya,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.
Pada April lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah yang ketika itu bertugas sebagai Timbalan berkata Sajat berada di luar negara.
Sajat sebelum ini menghadiri prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.
Susulan itu pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik dan sehingga kini, masih belum berjaya dikesan. -SM