Nasional

Ubah wang haram RM3.4 juta: Pengurus hartanah syarikat minyak dan gas, isteri ditahan SPRM

Seorang pengurus hartanah syarikat minyak dan gas bersama isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana dipercayai menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah kira-kira RM3.4 juta.

Menurut sumber, pasangan tersebut ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Pengurus hartanah itu dikatakan telah menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan selepas mereka dianugerahkan dengan projek pembinaan pam minyak sejak 2017 hingga 2019.

“Wang-wang rasuah tersebut kemudian dipercayai telah diubah oleh suspek seperti dilaburkan dan digunakan untuk membeli kereta mewah,” katanya.

Ujarnya, terdapat sejumlah wang kira-kira RM684,000 telah dipindahkan daripada akaun simpanan pasangan tersebut kepada akaun deposit tetap.


Selain itu, suspek juga menyimpan wang tunai berjumlah kira-kira RM1.9 juta serta matawang asing yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM300,000.

Difahamkan, pasangan tersebut akan dihadapkan ke mahkamah Shah Alam esok bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFAPUAA). -SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button