NasionalNegeriPendidikan

TVET kini rebutan pelajar terutama lepasan SPM – Raja Muda Perlis

Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini kian menjadi rebutan pelajar negara ini terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perubahan ‘trend’ ini adalah kerana masyarakat sudah melihat bahawa pendidikan TVET ini semakin dapat memberi jaminan masa hadapan yang lebih baik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berinteraksi dengan pelajar sempena Program Titian Kasih Mega 2023 Peringkat Kolej Vokasional Kangar.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Program Titian Kasih Mega 2023 Peringkat Kolej Vokasional Kangar.

Berangkat sama ke program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis ini ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menyambut keberangkatan tiba Baginda berdua ialah Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman; Pengarah Kolej Vokasional Kangar, Mohamad Yatim Abu Bakar; dan Ketua Penyelaras Program, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan secara simbolik Program Titian Kasih Mega 2023 Peringkat Kolej Vokasional Kangar.

Raja Muda Perlis bertitah, pelajar lulusan Pendidikan Vokasional dan Teknikal kini mempunyai peluang pekerjaan yang semakin cerah dan kebolehpasaran yang tinggi setara dengan pelajar lulusan pendidikan formal.

“Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di Malaysia telah melalui perubahan yang besar semenjak Transformasi Pendidikan Vokasional ini dilancarkan pada Januari 2012,” titah Baginda merangkap Pengerusi YTSP Perlis.

Baginda bertitah, usaha mengangkat martabat pendidikan vokasional di Malaysia akan dapat dicapai dengan jayanya melalui sokongan setiap lapisan masyarakat.

Di majlis yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan program KV Insani Masyarakat MADANI.

Objektif utama program ini adalah untuk mendekatkan pelajar KV dengan masyarakat di luar sana.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pelajar sempena Program Titian Kasih Mega 2023 Peringkat Kolej Vokasional Kangar.

Program khidmat komuniti (CSR) ini menggunakan kepakaran pelajar Kolej Vokasional sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang seperti kimpalan, automotif dan lain-lain lagi.

Untuk rekod, Kolej Vokasional Kangar juga telah menjadi Johan Kolej Vokasional Skills Peringkat Zon bagi tahun 2023 bagi 6 bidang antaranya Program Seni Reka Fesyen, Program Permesinan Industri Mechanical Engineering (CAD) dan Industrial Machining, Program Teknologi Elektrik, Program Teknologi Kimpalan, dan Program Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara.

Kolej Ini juga telah berjaya mencapai keputusan akademik yang membanggakan apabila menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.28 dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding tahun sebelumnya. – SM

BACA Semua murid dapat peluang pendidikan, TVET – KPM

BACA Peruntukan RM2 juta di bawah program TUBE lahirkan usahawan belia TVET

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button