Nasional
Tuntut KWSP bersasar demi anak-anak, kembara Noorazlan dapat perhatian Hamzah Zainudin
Tindakan seorang pemandu teksi, Noorazlan Ismail, 49, yang berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru ke Istana Negara di ibu negara mendapat perhatian ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Setelah mengetahui Noorazlan berbuat demikian atas niat seorang bapa mahu menyara anak-anaknya, Hamzah sebak dan mahu membawa perjuangan tersebut ke Parlimen.
Terdahulu, Hamzah turut meminta ADUN Bemban, Dr. Mohd Yadzil Yaakub untuk membelikan sedikit ubat-ubatan kerana kaki Noorazlan dikatakan sudah melecet akibat berjalan terlalu lama.