Ekonomi

Dapatkan angpau bertuah Tahun Baru Cina dari LG

LG Malaysia melancarkan promosi “Lucky Ang Pao, Lucky You” yang berlangsung hingga 28 Februari 2025.

Promosi ini membolehkan pelanggan merebut Ang Pao hingga RM188 dalam kredit Touch ‘n Go eWallet, berserta rebat yang hebat untuk peralatan rumah LG.

Pelanggan boleh menerima rebat hingga RM2,000 dalam kredit Touch 'n Go eWallet dengan pembelian produk LG terpilih, termasuk TV LG OLED dan QNED, pembersih vakum LG CordZero, penyelesaian cucian LG WashTower™, Peti Sejuk LG InstaView™, Penghawa Dingin LG ARTCOOL™, LG Styler™ the smart wardrobe, dan penulen air dan udara LG PuriCare™.

Ganjaran tambahan termasuk RM400 kredit Touch 'n Go eWallet untuk pembelian mix-and-match atau
lebih produk LG daripada kategori berbeza, RM700 kredit Touch & n Go eWallet untuk pembelian gabungan TV dan bar bunyi, dan hadiah eksklusif termasuk Pelan Langganan Premium sooka PERCUMA untuk tujuh hari dengan pembelian TV LG OLED atau LG QNED dan satu set Premium Non- Stick Cookware bernilai RM399 dengan pembelian Peti Sejuk LG InstaView™ terpilih.

“Tahun Baru Cina melambangkan kegembiraan dan kemurahan hati. Melalui kempen ini, kami membolehkan pelanggan mempertingkatkan kediaman mereka sambil meraikan semangat perayaan bersama orang yang tersayang,” kata Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia.

Untuk mendapatkan Ang Pao bernilai hingga RM188 dalam kredit Touch ‘n Go eWallet, pelanggan hanya perlu membeli produk LG yang terpilih daripada peruncit sah dan menghantar penyertaan melalui https://www.lg.com/my/promotions/lgrewards-cny-promo-2025/ untuk pengesahan.

Setelah penyertaan berjaya disahkan, anda akan menerima pautan unik untuk menebus Ang Pao. Hanya dengan menjawab soalan “Why do you choose LG products?”, anda akan berpeluang untuk memilih Ang Pao dan
mengetahui nilainya! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button