Politik

Tun Faisal kena gantung enam tahun

TIMBALAN Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal  Ismail Aziz digantung keahlian parti selama enam tahun.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi parti malam tadi mengesahkan keputusan Jawatankuasa Lembaga Disiplin berhubung pergantungan berkenaan.

Namun Ahmad tidak mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi hanya menyebut seorang.

“Saya hanya boleh memaklumkan MT mengesahkan keputusan lembaga disiplin berhubung pergantungan itu.

“Surat pergantungan ini baru sahaja dihantar kepada individu berkenaan sebentar tadi,” katanya kepada pemberita di pekarangan Menara Dato Onn.

Namun sebelum itu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah mengesahkan  individu berkenaan adalah Tun Faisal. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button