Nasional

Raja Muda Perlis nasihat rakyat sedia alat pemadam api di rumah

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat supaya menyediakan alat pemadam api di rumah dan juga premis kerja. Utamakan pemasangan di bahagian dapur disamping menyimpam nombor balai bomba paling berhampiran.

Pada masa yang sama, pastikan dapur sentiasa bersih dan tidak berminyak serta elakkan memasak ketika penat atau mengantuk.

Demikian titah saranan baginda selepas berkenan berangkat singgah menyantuni mangsa kebakaran, Iswahanim Amran, 28, di Kampung Seri Sepakat, Titi Tinggi dekat Padang Besar.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, mangsa baru sahaja kehilangan suami tersayang yang meninggal dunia ekoran penyakit barah usus pada November tahun lepas, kini diuji pula dengan kebakaran keseluruhan rumah beliau pada petang semalam.

Iswahanim yang tinggal bersama 2 orang anak bersyukur menerima keberangkatan Tuanku Raja Muda Perlis yang berkebetulan berada di sekitar kawasan berkenaan untuk menghadiri program ‘MAIPs Peduli Kali Ke 18 Bagi Tahun 2021’ sejurus selepas kejadian berlaku.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengurniakan bantuan wang tunai segera berjumlah RM700 untuk pembelian pakaian dan keperluan mendesak.

Dalam hubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor yang turut mengiringi baginda memaklumkan bahawa pihak MAIPs akan mempertimbangkan bantuan sebuah rumah bagi mangsa yang tinggal bersama dua orang anaknya yang masih kecil.

Tuanku Raja Muda turut berkenan menyerahkan bantuan agihan zakat kepada 3 buah rumah keluarga asnaf sepanjang aktiviti yang bermula dan berakhir di perkarangan Musolla Al-Saadah Uniciti Sg Chuchuh tersebut selain 25 orang lagi menerima di Masjid Kg. Kok Mak, Padang Besar.

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button