Luar Negara

Tragedi kapal karam di Tasik Van: 60 migran dikhuatiri terperangkap

SEKURANG-KURANGNYA 60 pendatang dikhuatiri terperangkap dalam sebuah kapal yang karam di tasik timur Turki, Tasik Van pada minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu memaklumkan, negara itu melancarkan misi mencari dan menyelamat yang melibatkan helikopter dan kapal selepas kapal yang membawa pendatang melintasi Tasik Van itu dilaporkan hilang pada 27 Jun lalu.

Sehingga kini, pasukan penyelamat hanya berjaya menemukan enam mayat.

Soylu, yang melakukan perjalanan ke Van untuk mengawasi operasi menyelamat memaklumkan, pihak berkuasa menganggarkan kapal itu membawa antara 55 dan 60 migran ketika ia karam dalam cuaca ribut.

Susulan itu, 11 orang turut ditahan berkaitan tragedi itu dan seorang pentadbir dilepaskan dari jawatannya kerana menangguhkan laporan kejadian berkenaan.

Media tempatan melaporkan, kesemua migran dipercayai dari Pakistan, Afghanistan dan Iran. – SUMBER AGENSI/ASTRO AWANI

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button