Bencana alamNasional

Tragedi bot karam: Indonesia kenalpasti identiti rakyatnya yang selamat

Bot pancung karam di perakiran Tanjung Balau

INDONESIA mengenal pasti identiti 13 rakyatnya yang terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau, kelmarin.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru dalam kenyataannya memaklumkan, sembilan daripada 13 yang selamat berasal dari Lombok manakala masing-masing dari Batam, Pekanbaru, Jember dan Tanjung Balai Karimun.

Mereka yang terselamat pada ketika ini berada dalam keadaan baik namun masih ditahan di Imigresen Johor, katanya.

“Kita akan memastikan hak kekonsuleran, tahap kesihatan dan berkomunikasi dengan keluarga mangsa di Indonesia,” katanya menurut laporan Utusan.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi Rabu lalu, sebuah bot pancung yang membawa 50 rakyat negara republik itu dikenal pasti sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) karam akibat cuaca buruk.

Tragedi buruk itu berlaku ketika bot pancung berkenaan mahu mendarat di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor selepas bertukar lokasi dari Kampung Sungah Tengah sebaik menyedari kehadiran mereka oleh pihak berkuasa.

Seramai 14 mangsa terselamat namun seorang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia pagi tadi, menjadikan jumlah kematian mencecah 21 orang iaitu 15 lelaki dan enam wanita.

Sementara itu, KJRI Johor Bahru turut memaklumkan tiga jenazah mangsa yang terkobran dalam tragedi bot karam itu disahkan berasal dari Pekanbaru dan Lombok Tengah.

Katanya, petugas KJRI Johor Bahru telah berkoordinasi dengan pihak keluarga mangsa terlibat untuk proses penghantaran pulang jenazah ke daerah asal mereka di Indonesia.

“KJRI Johor Bahru membuka talian hotline pengaduan bagi keluarga dan masyarakat yang mencari maklumat berkaitan insiden tersebut di talian +6016-7700378 atau +6017-7716866.

“Kami juga ingin memberi peringatan kepada rakyat Indonesia supaya tidak menggunakan laluan haram untuk menuju atau keluar dari Malaysia demi kebaikan dan keselamatan diri,” katanya. – SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button