Rencah Hidup

TMJ berkenan tunaikan hasrat Mohd. Adam berkunjung ke Legoland

“SAYA ada bagitau ayah, teringin nak pergi Legoland di Johor Bahru sebelum akhir hayat saya dan ayah berjanji bekerja lebih gigih bagi mencari duit untuk bawa saya.

“Kalau tak dapat pergi pun taka pa sebab bersama ayah pun sudah menggermbirakan hati saya.”

Demikian ucap adik Mohd. Adam amsyar, 9,  yang menghidap mitral valve atresia iaitu kecacatan jantung kongenital yang amat jarang berlaku di mana injap mitral jantung tidak dapat berfungsi dengan betul.

Luahan hasrat Mohd. Adam mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan menaja adik Mohd. Adam untuk berkunjung ke Taman Tema Legoland.

Perkara tersebut dikongsi Tunku Ismail menerusi laman Twitter @HRHJohorII dengan memaparkan tangkap layar perbualan bersama wakil keluarga kanak-kanak lelaki tersebut.

Ciap Tunku Ismail, “Saya akan minta laporan dan salurkan bantuan dengan segera. Salam Jumaat. Alhamdulillah, jumpa nanti adik Adam.”

Bapa adik Mohd. Adam, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, penyakit anaknya itu dikesan ketika di usia tujuh tahun dengan pakar meramalkan, tyidak mempunyai jangka hayat yang panjang.

Bapa tunggal itu berkata, doktor pakar hospital awam yang merawat anaknya memaklumkan penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku malah hanya tiga pesakit sahaja termasuk anak bongsunya dikesan menderita penyakit berkenaan di negara ini. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button